Wednesday 12 December 2012

Mati itu pasti.


Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.

Salam takziah buat Catul sekeluarga atas pemergian Wan tercinta ;') Alfatihah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tahun ni agak2 dah berapa kali Allah uji. kehilangan orang yang tersayang, accident lah semua. Semua tu ada hikmah kan ? :") Allah nak uji kita. Sebab....................... Allah sayang kita !! :D beruntungnya kita.

Buat mereka yang ke hilangan Ibunda tercinta, semoga kalian terus tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Kehilangan mereka jangan jadikan alasan kalian lemah. Kalian WAJIB jadikan mereka pembakar semangat untuk terus menyambung tugas2 mereka sebagai suri rumah. Agak kelakar bunyinya. Inilah masanya. Allah datangkan ujian untuk kita sedar dan belajar :))

Dan. Allah nak ajar kita semua erti penghargaan. Menghargai orang sekeliling sebelum ia pergi. Hmm Allah nak kita sentiasa beringat, mati itu pasti. bila-bila pun boleh. banyak sebenarnya hikmah disebalik pemergian arwah.

Arwah meninggal hari Jummat. pengurusan sangat cepat. bagi saya, Allah nak tunjuk beruntungya sekolah Agama. bukan apa. okay kalau kita sekolah agama, secara automatiknya ilmu agama tu senang je dapat. Beruntung orang meninggal hari Jumaat. sangat beruntung. Arwah pergi hari Jumaat mungkin bonus kerana beliau bersekolah agama. Mungkin ;') dan disebabkan itu........ Perkara tersebut telah membuatkan saya mengambil keputusan untuk stay je di samer. ^^ inshaallah

Pemergian arwah menimbulkan keinsafan kepada kita semua. bila-bila je Allah nak tarik nyawa kita kan ? kita tahu benda tuu. tapi kita ni tak lekang dari buat dosa. hari-hari mesti ada dosa :'( Allah.. cuba bayangkan waktu Allah tarik nyawa kita waktu kita belum sempat bertaubat. Allah lagilah takutttt :'( moga kita semua mati dalam keadaan beriman. Aminnnnnnnn.

Mati itu pasti. Jangan meratapi sesuatu benda yang tak pasti. Jangan buang masa ingat benda yang tak pasti seperti KAWEN. #NoteToSelf.



No comments: