Wednesday 26 December 2012

Jusco


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni masih mampu lagi bernafas. Okay guys. Ketuk kepala sikit bagi kesedaran yang minggu depan dah start sekolah.

Ehem semalam pergi kenduri Ain Naza. Actually majlis dah start jam 8 pagi. Tapi kitaorang ni tunggu dekat warta pun jam 10. Nampak tak betapa berdaulatnya. Haha sampai je warta tiba-tiba Adah bagitahu yang dekat seberang sana ada mereka……………………………. Okay tahu tak faham. Takpe takpayah faham.

Abang Ain Naza jadi driver Starex. Ehem kalian kena tahu betapa susahnya nak duduk mula-mula sebab kaki Afifah tiba-tiba tersangkut bawah kerusi lah apa lah. Tu lah tinggi nauu -_- Aisyah dengan Peep duduk belakang sekali. Aku duduk dengan Adah and Maryam.

Okay sampai rumah dia, makan makan. Budak samer bercerita memanglah nak runtuh rumah kan. Sampai Mak Ain suruh duduk luar tauu *nanges* hahaha adehh teruknya kitaorang. 

Oh ye lupa. Kira yang pergi sana – Aku, eca, peep, adah, maryam, jieng, dot, dot. HAHA apa motif buat dot dot tuu. Okay lupakan. Then bercerita dekat luar pulak. Cerita macam apa jee. Memang havoc gila lah. Sampai Ayah Ain tegur tau dia kata cenggini ‘ Korang panggil hujan eh? Ni dah nak mendung ni.’ *nanges lagi sekali* hahaha adehh memalukan betul.

Then waktu orang nak kemas meja, baru lah time tu kitaorang terhegeh-hegeh nak makan dadih bagai. Waktu tu dah dapat rasa dah Ain Naza macam tension dengan kitaorang. Hahaha gaya macam majlis kitaorang pulak. Punyalah tak makan saman.

Then berpelesaran di playground. Tangkap gambar semua. Then Ain hantar pergi bus stop. Betapa lamanya duduk dekat situ T.T rasa nak menangis je sebab aku dah lah mengantuk gila time tu. Hahaha kira 1.30petang macam tu baru dapat bus. Then terus pergi Jusco. Eh aku tak pernah pergi Juscoo *tutup muka*

Then terus solat semua. Then decide nak makan. Memang ni lah problem bila keluar reramai then nak cari tempat makan. Tanya orang ni dia kata ‘takkesah’ tanya dia pun ‘takkesah’ haa memang stress. Then terus pergi food court. 

HAAA waktu ni memang terkejut habis lah kan. Okay taknak cerita. Tapi takjadi makan pun. Katanya takde cop HALAL dekat food court ni. So tak makan. -__-

Then Afifah belanja Each A Cup. Hahaha mekasih laah peep XD sayang munggg ^^, then masuk lah tempat tak berfaedah sikit iaitu tempat permainan. Alaa yang ada token semua tu.

Aku dengan eca kira macam matang sikit lah dari mereka. Hahaha kitaorang jenjalan sekitar Jusco je. Tak main pun natang-natang gituh. Eh jahatnya mulut saya T.T uhukss

Then balik naik teksi pun ada orang belanja. Betapa seronoknyalah kan. Terima kasih daun keladi, esok lusa belanja lagi. Sekian.

Then sampai warta, singgah kfc jap. Then terus ikut aisyah balik.

Ehem. Saya tak pernah pun keluar dengan ‘kalian’. Agak kekok bila keluar dengan ‘kalian’ HAHA. Segan ada jugak sebenarnya. Yelah mana pernah bertegur kann. Haa apa-apa pun, terima kasih sebab ikut je kemana kami pergi. EH. Haha 

Aisyah. Terus bersabar ye. Ahaksss

Done XD xoxo



No comments: