Monday, 3 December 2012

Allah menyayanginya...


Inalillahiwainnailaihiraajiun.

Bismillahirahmanirrahim.

Jam terus berdetik. Aku masih tidak mampu melelapkan mata. Oh lupa aku dah tidur lama pagi tadi. tepat jam 1 pagi. seorang yang aku tidak kenali nombornya telah menghantar sistem pesanan ringkas ataupun SMS kepada aku. mesej itu sangat cliche. ' Ain doakan mak aku '

without fullstop. im shock. siapa ni?

lantas aku menelefon dan kedengaran suara esakan di hujung talian. ' Ini dayah' katanya. Aku jadi gila. ' Weh kenapa ni ? ' hanya esakan yang membalas persoalanku. aku tergamam dan hanya mampu mengucapkan kata sabar walaupun aku masih tertanya2 penderitaan apakah yg dialami oleh ibunya.

Pagi tadi. aku terus menggenggam telefon ibuku dan lantas kedengaran bunyi mesej masuk. aikk? O.o Allahuakbar. rupa-rupanya mesej tu dari Dayah. ' Ain mak aku dah meninggal ' aku lagi bertambah gila. aku menelefon dan hanya esakan yang kedengaran.

aku terkaku........... 

Belum sempat tengok result lagi. siannya dayah :'( sabar dear! :'(( Kau kena kuat! ingat Allah datangkan ujian ni untuk kau, pasti Allah hadirkan pelangi untuk kau nanti......

Bagaimana kalau aku jadi dayah ? mampu ke aku ? :'(

' Dayah. aku tahu kau sedih... aku tahu kau kuat kan? :')) kau kena selalu kuat. sebab arwah ibu kau mesti tak nak tengok kau sedih2.. Allah takkan membebani hambaNya melainkan dengan kesanggupannya sendiri. Allah sayangkan ibu kauu... Kau doakan yang terbaik untuk arwah ye :') Teruskan cita-citamu untuk menjadi si Solehah. moga selalu kebaikan yang kau lakukan, rahmatnya akan turun kepada kedua ibu bapamu :') Arwah pasti bangga ada anak sepertimu :) '

No comments: