Monday 12 November 2012

#TeamHijrah


assalamualaikum and haii :)

seperti yang dijanjikan, harini nak share mengenai ilmu yang dapat ditimba di Masjid Assyakirin semalam :D

first usrah.
Dalam usrah saya ada umur 13 sampai lah 19 atau 21 kalau tak silap dan ada seorang yang berniqab. Kitaorang diberi tajuk Batas Pergaulan. mula-mula taaruf semua then baru discuss pasal tajuk. disebabkan semua ahli usrah malu tersipu malu jadi saya dengan kereknya *eh kerek ke? memulakan perbincangan. nak tahu apa yang dishare? pasal KTS ^^ haha then diorang pun start bercerita. tapi apa yang buat saya tertarik adalah kisah akak ni mengenai penghijrahan beliau. 

Asalnya dia agak jahil. Lepas dapat result pmr, dia berubah. Sebelum ni dia sangat bebas. Kata beliau lah.. then dapat result yang agak teruk membuatkan dia terus nak berubah. Alhamdulillah. dia mula belajar betul-betul Islam tu macam mana. solat dengan betul dan segala-segalanya. dan sekarang dia tengah belajar dekat KUIS. cara pengceritaan dia nampak yang dia sangat-sangat berhijrah dari buruk ke baik. See, Allah bagi kita hidayah nak berubah dalam pelbagai cara kan ? :)

second street dakwah.
kitaorang datang lambat sikit lepas ni. sebab activity ni lepas zohor. kena berkumpul balik pukul 2.30 petang. so kitaorang decide nak makan KFC dulu. then lepas makan KFC, saya batak sikit jumpa Big Apple sebab dekat Selayang takde Big Apple okay. so dah beli BA tu, pergilah balik dekat masjid tadi. then dah nampak diorang semua berkumpul. dia terangkan semua dan bagi flyer. kitaorang yang lambat ni takdapat FLYER tau sebab dah habis. sedih :'( then waktu tu kitaorang dibahagikan tempat untuk edarkan flyer. kitaorang takboleh bergerak secara berkumpulan takut DIHALAU oleh guard. see, ujian pertama. then saya aimar and husna pada asalnya nak ikut group yang pergi dekat LRT. haa jalan-jalan tetibe terjumpa ukhti yang join kempen ni ada flyer lebih. mintak lah kan kat dia sikit. so jalan-jalan macam orang tak tentu arah. yelah macam mana nak edar flyer dekat orang awam ni ? major foreign je. hmm takut tahu takutt. then jalan-jalan terjumpa satu family ni tengah jenjalan. so decide nak bagi flyer dekat makcik ni. ALHAMDULILLAH dia nak dengar explanation kitaorang. syukurrr -.- dan kitaorang pun teruskan perjalanan. actually dah decide nak balik awal, so kitaorang jalan lahh ke lrt. sampai je depan SURIA KLCC, kitaorang nak bagi flyer dekat orang awam area situ. then ternampak lah seorang makcik bertudung labuh baru keluar dari suria. so nak bagi ni flyer ni. dia tolak mentah-mentah. ;'( terasa sangat down waktu tuuuuuuuuu. serious............ then kitaorang terus balik. ingat nak edarkan dalam lrt, tapi tapi terkenangkan peristiwa depan suria tuuu............... terus tak jadi. sedih lah sedih.

street dakwah sangat mengajar erti dakwah yang sebenar. rasanya street dakwah macam ni sesuai untuk kalian yang sangat meminati aktiviti 'mencabar'. takat dakwah dekat samer kira macam okay sangat sangat. at least tentangan yang dapat tak terasa sebab kita ada penguat semangat yang ramai. tapi dekat luar, kita sangat-sangat takut.... serious. dunia luar sangat mencabar. takutnya ya Allah :'(

baru tahu macam mana Rasulullah berdakwah. Nabi lagi lah dakwah sampai kena maki diludah dihina dan segalanya. takat kena tolak flyer tak heran lah kan. Nabi lagi hebat tentangan dia. tapi, tengoklah sekarang. Islam pun berkembang luas kan ? waktu kempen tu, terserempak dengan couple Korea. diorang nampak kitaorang berkumpul dekat masjid ramai-ramai thats why dia macam pelik je. then ukhti-ukhti kempen ni pergi dekat diorang and cerita pasal kempen ni. guess what, apa diorang jawab. Yes, we are interested in islam. Alhamdulillah :)


semoga hati mereka terbuka untuk menerima Islam :) inshaallah ^^

sampai disini saja sharing-sharing kita :) inshaallah kalau ada lagi kempen macam ni akan diberitahu terussss melalui FB. bermanfaat untuk cuti sekolah. Moga Allah memberkati ^^ aminnn.




No comments: