Saturday 27 October 2012

Banyaknya dugaan.


assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhh.

fuhh. lamanya tinggalkan blog. dari minggu belum periksa sampailah saat nii. akhirnya dapat juga jari ni menaip. Alhamdulillah.

Ingatkan nak matikan je feel nak berblog semua bila mengenangkan result yang akan keluar bulan 12 nanti. ntah macam mana ntah result saya. doa dan tawakkal jelah mampu buat masa sekarang ni :'( 

saya tak nak check. bak kata kawan saya, mana lah tahu Allah nak hadiahkan kita keajaiban :)
and i believed in that.

hari tu dapat MC 2 hari. sekarang pun tak berapa nak sihat sangat. takpe. akanku gagahkan jua diri ini untuk ke asrama esok. memandangkan malam esok kami akan mengadakan DINNER FORM 3 :D dan isnin kami akan exam. 

Ya Allah. serious. boleh pulak terlupa bawak buku balik rumah. dah sakit kan. confirm-confirm lah rasa mamai je. kalau tengok tv tu, rasa macam mimpi je. tolong masak pun rasa macam mimpi je. teruk betul. ini semua penangan PMR. hmm moga Allah permudahkan. Amiinn.

periksa Azhar. buku dah lah tak bawak. haihhhh. stress.

macam-macam jadi sepanjang tak balik ni. kehilangan seorang sahabat perjuangan. the most sad thing. sakit yang melanda. MP3 yang bakal kunjung tiba. exam yang lupa bawak buku. takpe. percayalah Ain. ini semua dah tertulis. qada' muallaq. aku boleh hafal. ye boleh~! even last minute pun. *hopefully.

thanks to Aisyah Yusop, Iffah Dalalin, Ummu Athirah, Ainul Nadhirah, Natasya, Fiza Awie, Daya Jen, Marsya Nabila, Marahaini, Izzati Afiqah, Anis Syafiqah, Izzati Ariffin, Widad, Hanis Md Isa, Raihannah dan sewaktu dengannya kerana sangat mengambil berat ketika diri ini sakit. Rasanya satu form lah. terharu sebenarnya time terbaring dekat surau tu. lagi-lagi dialog ainul.

Ainul : 'Ain kau nak makan tak ? kau nak turun DM tak ?' *sambil tangan di dahi aku.
Aku : *geleng.
Ainul : 'Aku beli makanan kat kantin untuk kau nak ?'

Iffah lagi lahh caring. siap tolong aku makan ubat. carikan makanan untuk aku alas perut. lapkan badan aku bagai. segalanya. thanks alot.

Ecah pun sanggup teman aku sampai balik dorm. dan nasihatkan aku takyah mandi sebab nak balik dah. tunggu aku sampai aku terlelap. then dia dah habis mandi datang balik dorm aku sambil kunyah ice cream depan aku sambil tanya ' Ain kau nak ice cream ?' HAHA. so sweet. thanks eca.

Then pija anis and zapin pulak nak tolong aku call mak aku sebab dah nak dekat maghrib. turun-turun nampak Mama Sarah. zapin cakap ' Mama nak mintak call. ain nak balik. dia demam' then mama kata mama tahu semua. then dorang bertiga naik cepat-cepat. ja terus hulur coins dekat aku. and dia kata dekat geng dia ' Uish. lari! lari! '

Haa sweetnya ukhwah ni ;') macam manalah nak tinggalkan korang semua kalau macam ni gayanya? 

THANKS AND LOVEYOUTOOMUCH :')

No comments: