Friday 31 August 2012

Biar waktu menentukan..



assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh.

ehem. esok orang nak datang beraya ni. haa habislah. macam mana nak study kan kalau nak beraya ? haha rasa bersalah pulak nak raya T_T

Pernah tak jumpa dengan seseorang yang takkan pernah buat kita lupakan dia ? atau erti kata lain, kita sentiasa ingat dia walaupun berjumpa dia dalam waktu yang singkat.

Mungkin dia pernah muncul dalam hidup kita dalam cara yang berbeza-beza. mungkin ada yang menjadi kekasih, mungkin ada yang hanya berkawan atau mungkin ada yang hanya pandang dan diam. macam saya.

Saya jumpa dia dekat *tettt dirahsiakan. Waktu pertama kali saya jumpa dia, saya rasa ada macam something yang membuatkan saya terus mengharap akan berjumpa lagi dengan dia. Pernah saya pandang dia, tapi bila je dia sedar saya pandang dia. Allah.. maluu -.-' terus pandang tempat lain. Nak dipendekkan cerita, saya hanya berjumpa dia dalam lebih kurang 4 hingga 5 hari macam tu. tapi tak setiap hari jumpa dia. sebab masing-masing busy berdebat. ops macam dah terkantoi je. haa. 

Tapi.... hari terakhir saya akan tinggalkan tempat tu, hati saya sebak. macam ada sesuatu yang akan membuat saya mengalirkan air mata. Hati rasa sayu sangat waktu tu. Nasib ada bawak tafsir. Terus baca tafsir dan dakap kuat-kuat tafsir tu. Apa yang saya harapkan pada waktu tu, saya akan berjumpa dengan dia lagi suatu hari nanti.

Saya tak pernah tahu status awak. awak berpunya ke atau pun tidak. andai kata jodoh ada diantara kita, apa yang saya harapkan awak dapat menjadi imam saya yang terbaik.

*err terover pulak cerita ni.

apa pun yang berlaku dalam hidup ni, percayalah ada hikmah disebaliknya. Mungkin takdir kita berjumpa dengan dia tapi tak semestinya kita akan sentiasa dengan dia. Mungkin Allah akan kurniakan kita seorang yang lebih baik dari dia, baru kita tahu bahawa Allah Maha Berkuasa pada waktu itu.

Mungkin rasa 'kasih' dalam hati tu perlu dijaga, Allah ciptakan jarak ni ada hikmahnya. Biarlah jarak ini akan menjadi satu barakah buat kita. Walaupun kita tak pernah bersua, bermain kata mahupun bermain mata, andai sudah tercatat buat kita tak akan terpisah walaupun apa jua.

Semoga hidupnya sentiasa diberkati. Semoga berjaya dunia akhirat. Andai tidak tercatat, aku mohon Allah bawa rasa ini jauh dariku.

*Aku percaya Allah mendengar doaku...

AA.MTD.

No comments: