Sunday 3 June 2012

Go and don't ever turn back.


Tolong pergi. aku merayu.

Baru ku sedar, kadang-kadang kita terpaksa biarkan perkara yang kita sayang pergi. Berkorban untuk orang lain satu perkara yang sukar untuk aku hadapi. Tapi percayalah, biarlah takdir menentukan segalanya.


Setelah apa yang berlaku dalam hidup, aku mengerti hidup ini perlukan perjuangan. Mungkin Allah takdirkan perkara ini dan itu buat aku, sebelum aku mengecapi kebahagiaan yang sebenarnya dalam hidup. Allah melindungi aku.


Aku bukan benci, aku bukan menyampah, aku bukan kejam, aku bukan dan BUKAN ! aku hanyalah seorang perempuan yang mungkin lemah di mata kau. Tapi tak, aku bukan lemah. Aku kuat. Ye aku kuat. Aku perempuan yang punya perasaan dan tatkala air mata itu jatuh dari kelopak mata milik aku, menandakan aku sudah cukup kuat untuk segalanya. Bukan sama sekali bermaksud aku lemah.


Aku mungkin gagal dalam menyusun rapi segala perancangan buat hidupku. Tapi bukankah ini satu percubaan untuk aku ? bukankah sebelum kita menghadapi kejayaan, kegagalan pasti mendahului ? 


Aku bukan bodoh untuk mempertikaikan mengapa perkara ini berlaku ke atas aku. Aku masih mampu menilai baik buruk sesuatu perkara. Dan aku percaya perkara ini berlaku atas satu sebab. Dan sebab itu hanya Allah yang tahu, dan pastinya sebab itu adalah rahsia kerana sebab itu sangat bermakna dan mampu membuat aku tersenyum hingga akhirnya.


Dengan itu, aku mohon. Kau pergi dari hidup aku. Mungkin ini pahit, tapi pahit lagi aku yang menanggung. Pergilah. Aku cukup kuat untuk hidup tanpa kau. Aku kuat kerana Allah sentiasa bersama aku. Maaf andai pernah aku sakiti kau. Percayalah, aku tak pernah menginginkannya. Maaf andai aku tak cukup berani untuk berdepan dan mengatakan perkara ini di depan kau. Percayalah, pasti nanti kau sedih melihat air mata ini mengalir.


Maafkan aku.

No comments: