Monday, 30 April 2012

Sekadar mengisi masa yang sunyi :)


assalamualaikum and haii :)

Indahnya dunia jika ada si dia yang sentiasa mewarnai hari. Indahnya dunia jika ada si dia yang menutur kata I Love You setiap pagi. Indahnya dunia jika ada si dia yang sentiasa bertanya khabar malam dan siang hari. Indahnya dunia jika ada si dia yang memberi chocolate di bawah meja study. Indahnya dunia jika ada si dia yang sentiasa mengingati diri ini.

Tapi wahai sahabatku,

Adakah kau lupa, jika hadirnya dia tidak lupa juga zina hati turut mengiringi. Bukankan ia membawa kita ke cinta duniawi? adakah kau lupa akan takdir Ilahi? Yang menentukan siapa jodoh mu nanti ? Bukankah kau ingin kan syurgawi? 

Ya Allah. meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu. Namun Cinta dalam jiwa hanyalah padaMu :) Allahu Rabbi. pimpinlah hati kami. walau seberat mana ujian melanda diri, sentiasa mengingatimu malam dan pagi. Ku berdoa siang dan malam agar dia bakal menjadi suami. Suami yang sentiasa ada disisi. Walaupun ku tahu, dia mungkin jauh berbeza dari diri ini. Tapi apa salahnya jika aku berdoa pada Mu Ilahi. Makbulkanlah doa ini.

-Sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa ni, banyak sangat perkara yang menguji. normal kot ada perasaan ingin dicintai dan mencintai. tak salah. asalkan pandai kawal diri :)

lepas tunjuk video I've been proposed dekat membe-membe yang lain. semua nak jadi macam Dena Bahrin. Bercinta lepas nikah. sweet right? :D teringinnya ^^ ermm. 

waktu sekarang ni bukan masanya mencari siapakah si dia. tapi apa yang penting, persiapkan diri sesolehah yang mungkin. Inshaallah yang merisik mu juga baik orangnya. 

Andai hati dah terpaut pada seseorang. Pimpinlah hati. Berdoa agar dia jodoh kita :) aminn.

p/s : bestnya kahwin awal :D !

No comments: