Saturday 4 May 2013

#IniKaliLah


Assalamualaikum. fuhh panasnya harini.

Seronok tengok keadaan semalam. masing-masing cuba berkempen sehabis mungkin. mengedarkan baju, buku nota, pamplet dan sebagainya.

aku yang masih berada di bawah umur hanya mampu senyum tanpa perlu kata apa-apa.

Sedia maklum keluarga aku dari nenek sampailah ke mama babah mengundi satu parti yang sama. ops undian itu adalah rahsia. namun berbalik kepada aku, since aku menceburi bidang perbahasan dan sewaktu dengannya, aku mula merasakan aku sudah berada di keadaan dimana aku tidak menyokong parti pilihan family. 

Pernah berbicara politik bersama ahli keluarga, ikutkan hati sebenarnya mahukan kesedaran itu sendiri timbul di hati mereka. namun apakan daya, aku masih berada di bawah umur.

Dalam pengiraan jika tidak salah dihitung, 5 tahun lagi aku akan mencapai umur 21 tahun dimana kelayakan untuk mengundi itu sudah ada. jadi 5 tahun lagi, PRU akan muncul. maka saya mampu untuk mengundi apakah yang terbaik untuk negara ;) jika berkesempatan inshaallah.

Suka baca tweet senior-senior yang meluahkan pandangan mereka mengenai isu PRU13 tahun ini. walaupun mereka belum valid untuk mengundi namun pada saya tweet-tweet mereka itu hakikatnya mampu untuk membuka mata semua.

Di akhirat kelak, sekiranya pemimpin yang zalim itu memerintah, kelak beliau akan menunding jari ke arah rakyat jelata yang telah memilih beliau menjadi seorang pemimpin.

Kata Imam Muda Hassan dalam rencana sebuah akhbar pada hari ini, beliau menyatakan bahawa mengundi itu merupakan amanah Allah dimana kita perlulah menggunakan hak sebagai warganegara dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Kata seorang guru di sekolah, agama dan politik itu saling berkaitan. 

Kata seorang sahabat di asrama, kita seharusnya mengagamakan politik bukan mempolitikkan agama.

Saya yang masih berada di bawah umur ini hanya mampu memandang dan cuba menghadam setiap isu yang dibincangkan. saya hanya mampu berfikir tanpa menyuarakan apa-apa.

Kerana saya tahu saya masih di bawah umur.

Moga kebenaran terbukti. Moga negara dipimpin dengan sebaiknya. Moga pemimpin kali ini lebih baik dari sebelumnya. Moga Islam disanjung tinggi. Bukan lagi diringan-ringankan.

Seorang yang berada di bawah umur.

No comments: