Wednesday 19 December 2012

Nothing i wish.



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Praise to Allah. Alhamdulillah syukur. usaha selama ni alhamdulillah berhasil :) berkat doa semua, doa mama babah, doa nenek di kampung, tak lupa juga doa teman2, doa kakak2 dan abe2 yang selalu cakap ' 9A punyaa '.. Alhamdulillah, Allah kabulkan ;) syukur tak terhingga.

UPSR tak straight A pun. dapat 3a2b je. sedih frust tu takyah cakap. sebab apa? sebab tak dapat bagi 'senyuman' dekat mama babah. semakin besar, terasa semakin berat tanggungjawab sebagai seorang anak dan adik dalam keluarga perlu dilaksanakan dengan baik... 

Alhamdulillah usaha selama 11 tahun ni termasuk tadika 2 tahun, sekolah rendah 6 tahun, sekolah menengah 3 tahun. berhasil. kejayaan ni milik semua. ni hadiah untuk guru2 ustazah2 ustaz2 yang banyak tunjuk ajar saya ^^, *tears*

ehem macam speech je. haha kepada yang tak berjaya mencapai target atau apa2 pun, jangan bersedih wahai sahabat ;) perjalanan kita semua masih jauh. Allah tengah siapkan perancangan lagi hebat untuk kalian. untung tauu! SMA ada.. SPM adaa :) korang boleh ^^, percayalah. 

mama selalu cakap, mama takkesah pun PMR ni. mama nak SPM nanti. disebabkan perkara ni lah, saya rasa perasaan agak sederhana je tatkala genggam slip 9A nii. tapi bersyukur tu masih ada :)

Saya mintak apa dapat 9A ni? haha tak tahu nak mintak apa. saya tak berada macam kalian semua. boleh mintak dslr, ipad, iphone 5, galaxy note 2, windows 8, pergi umrah dan sebagainya. saya takut nak mintak benda2 macam ni. rasanya macam tak adil. it supposed to be me who give them the best prizes. cukuplah mama babah dah hantar tusyen semua, spend duit untuk beli buku, bawak pergi tutti frutti hahaha boleh pulak kann. haa saya mintak apa? mintak makanan je. muahaha XD

jangan jealous dengan saya. saya tak terer mana pun. LAGI BEST JADI DIRI SENDIRI okay :) 

janganlah cakap tak layak nak kawan semua, kawan tak pernah UKUR dari segi benda2 ni semua. TAK PERNAH dan TAK AKAN. semua boleh berkawan. berkawan biar seribu ^^

Allah pinjamkan nikmat kepandaian ni mungkin sementara untuk saya, saya tahu tugas saya masih belum selesai. Saya perlu laksanakan lagi baik untuk agama, sekolah dan keluarga. kalau mampu, untuk negara sekali :) doakan agar saya terus berjaya tanpa timbul perasaan bangga diri. Allahuakbar, ini semua anugerah Allah. 


TERIMA KASIH kalian kerana mendoakan dan 'wish'. sangat terharuuu ^^, moga Allah berkati sekalian..... 


No comments: