Friday, 30 March 2012

Rintihan Hati



Allah, kadang-kadang hati ini terdetik, mengapakah sejak akhir-akhir ini diri bagaikan melupai tentang keagungan Mu ? adakah aku sudah jauh dari Mu ya Rabbi :'( ya Allah, adakah diri ini kekosongan zikrullah ? ampunkan aku ya Allah ;(

Lemahnya iman sehingga tidak sedar aku menyakiti hati mereka. kenapa ini yang berlaku ? Ya Rabbi. tetapkanlah yang terbaik buat ku...

- Allah menguji diri ini. Allah menguji dengan seringan-ringan ujian buat ku. Berhadapan dengan segala rintangan dan juga cabaran dari keadaan sekeliling. Kesabaran itu sering ku ungkapkan buat peringatan, tapi bila aku sendiri memerlukan kesabaran itu, godaan syaitan kian kuat dan apa yang berlaku ? aku jatuh. aku tidak kuat. amarah pasti memakan diri. sehingga orang di sekeliling ku menjadi mangsa. itu lah aku. ya Allah, bantulah aku ubah diri ini ! T__T

Aku seakan lupa siapa diri ku. Aku hanyalah hamba ! Hamba yang lemah lagi hina. ya Allah, bantulah akuu :'(

Aku rindu untuk merasai nikmat ketika bersama mu ya Allah :'(

♥ Wahai Hati, istiqamah lah dalam melakukan amar ma'ruf. moga Allah sentiasa meredhai ku. Amiinn.

No comments: