Wednesday 14 March 2012

Aku hargai :')


Bila aku menyedari tentang perkara yang seakan meragut hati ku, aku terdiam. aku bisik pada hati. ya Allah. aku kuatt :'( aku mula fikirkan kebaikan yang akan aku kecapi jika ku biarkan perkara ini pergi. hasutan syaitan makin kuat. aku tak boleh ! aku tak kuat :'( aku berusaha untuk menghalang air mata ini jatuh. tapi aku lemah. aku biarkan ia jatuh, agar hati ku berasa tenang. tanpa disedari, air mata ini mengalir laju. ya Allah. aku tak tahan. lantas aku menggenggam telefon bimbit dan mendail nombor si dia. tapi ketika itu, mungkin Allah ingin menguji aku. si dia mempunyai hal dan terpaksa meletakkan telefon. 


Aku menghadap cermin, cuba untuk senyum. setelah 10 minit ku layan perasaan ini, akhirnya Allah hadirkan cahaya kebahagiaan di hati. walaupun hanya seketika dan luka dulu masih berdarah. aku tetap gagah. kerana hadirnya sahabat yang sentiasa menyokong di belakang. 


ya Allah, andai ini ujian yang harus ku tempuhi sebelum menjadi hamba yang sentiasa Kau redhai. aku sanggup ya Allah. 


ku merenung ke langit, subhanaallah. air mata ini jatuh lagi :'( banyaknya dosa ku. tetapkanlah yang terbaik buat ku ya Allah :'(....


ya Allah. bawalah dia jauh dari ku :( tabahkanlah hati ku...

No comments: