Saturday 25 February 2012

Ustaz Pilihan - Ustaz Azhar Idrus.


assalamualaikum and haii.


haa alhamdulillah tadi dapat jugak pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus nii ! haaa serious rasa seronok sangat even dapat jumpa hanyalah untuk 5 minit. disebabkan beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Kuching. tengahari tadi ustaz dari Pahang kalau tak silap. nampak sangat ustaz ni banyak jemputan. mana taknya, malam ni konvoi pergi Bandar Tasik Puteri pulak kann.





aizat pun ada datang tadi ! HAHAHA. dia nyanyi lagu Sungai Lui dia. tapi dia nyanyi satu lagu jee. huhu. tapi takpe. orang nak ustaz Azhar Idrus. huuuuu.


ustaz datang pun dalam pukul 7.15 macam tu. nak maghrib dah. dia sempat buat lawak tu and ni. and dah habis T_T nak tangkap gambar dengan dia punyalah payah. ustaz ni macam artis paling popular untuk 2012 ni tahuuuu. flash sana sini. ipad lah iphone laa. semua ada. semua nak tangkap gambar ustaz azhar idrus ni.


apa yang aku dapat tadi... erm takdelah banyak sangat. tapi ada satu point yang baru aku sedar tentangnya.


' Muzik tu TIDAK haram dalam islam. Muzik tu sebagai hiburan untuk kita. Dulu pun para ulama berehat dengan mendendangkan alunan muzik. muzik di sini bukanlah muzik lagu yang mengkhayalkan dan menaikkan shawat. seperti contoh lagu ' sungguh ku tak mampuuuu. menahan rindu. ahh ahh ' ya itu sangat menggoda. lagu yang punya kebaikan. mengajak ke arah yang baik. perempuan pun boleh menyanyi dengan menutup aurat. takboleh menyanyi sebab tak tutup aurat. ada 3 hadith yang menyatakan tentang ini. *satu je yang aku igt. ada seorang perempuan bernazar jika Allah beri Nabi kemenangan dalam peperangan, maka dia akan mengetuk gendang dan bernyanyi di depan Nabi dan Nabi mengizikannya. Selagi muzik tu mengajak kepada kebaikan, tidak salah ' - Ustaz Zul. 


Ustaz Zul ni feat dengan Tam anak didik Sham Kamikaze. huuu. dia nyanyi lagu Rock. besttt XD


okaylah. sekadar ini sahaja perkongsian buat kali ini :) inshaallah lain kali, lain pula ilmu yang diperolehi ^^


adiossa.

No comments: