Thursday 24 November 2011

Ahlan Wa sahlan :)


assalamualaikum.

first of all, nak mintak maaf dekat semua orang atas kesilapan dan kesalahan yang pernah diri ini lakukan. And for sure, sifat memaafkan pun perlu ada dalam diri kita. and inshaallah saya sedia memaafkan semuanya ^^

as you know, esok merupakan Tahun Baru bagi seluruh umat Islam. Inshaallah, akan bermulanya segala catatan baru untuk kita semua.

bermuhasabah dengan segala kekhilafan yang pernah kita lakukan. manusia tidak pernah lari dari melalukan kesilapan. tetapi tidak pula perlu lari dari memohon keampunan pada Yang Esa. 

andai diri kotor dengan dosa masa lampau, bertekad di dalam diri agar tahun baru ini adalah tahun terbaik. 

Mungkin Allah takdirkan segala yang berlaku ini supaya kita lebih bijak pada masa akan datang. segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Boleh jadi benda yang kita benci itu adalah benda yang baik buat kita, boleh jadi juga benda yang kita suka itu adalah benda yang tidak baik untuk kita.

" Ya Allah ya Rahman ya Rahim , ampunkanlah dosa ku. sama ada kecil ataupun besar. Lindungilah aku dari seksaan api neraka Mu ya Allah. jadikanlah aku anak yang solehah, hamba Mu yang taat. tetapkanlah yang terbaik buat diri ini ya Allah. ikhlaskan hati ini menuntut ilmu kerana Mu ya Rahman. Ya Allah, andai ini merupakan tahun terakhir ku, jadikanlah tahun ini tahun yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alaminn. "

Wallahu a'lam.

No comments: