Thursday, 6 June 2013

Tawaran.


Bismillahirrahmanirrahim.

Waktu tu aku baru sahaja balik dari berjalan-jalan. as usual, aku akan cari surat dekat peti surat. ini adalah hobi aku sejak kebelakangan ni. mengharapkan surat tawaran. tapi tak pernah nak dapat. at last, aku redha. aku dah kumpul kekuatan dan semangat untuk bertarung dan berjuang di Samer. seriously.

aku pergi dekat peti surat. aku nampak satu bungkusan yang agak besar yang telah dilipat dua. aku ambil. tertera di situ urusan seri paduka baginda. yang paling memeranjatkan ada logo SBP. aku paling tak percaya bila surat tu tertulis...

AIN FARHANA JAAFAR
*bla bla bla*

tapi yang paling aku tak puas hati, surat tu dah dikoyak. ada orang baca barangkali. aku berjalan ke rumah sambil membaca isi kandungan surat tersebut. aku hanya nampak..

BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN.

kau nak tahu apa aku buat? haha aku menjerit dan berlari. seolah-olah dapat tawaran sambung Istanbul. cehh. aku cakap dekat mama dengan babah yang aku dapat tawaran. aku menggigil. aku terus viber aimar dengan aida. at the same time, aku terus text along and call ecah. 

aku dilema. aku tak tahu mana harus aku pilih. Samer atau SBPI Jempol. kedua-duanya hebat. tapi, aku perlu lakukan istikharah. ye. aku istikharah.

Aku dapat rasa ketenangan lepas istikharah. masih samar-samar jawapan tu. mimpi pulak? aku mimpi aku ada di sat kawasan yang baru. sangat baru bagi aku.

malam semalam, aku istikharah lagi. aku hanya rasa tenang dan semangat nak pergi sana. tu je.

hari ni, aku dah decide nak pergi. mama dengan babah pun macam sayang nak tolak tawaran ni. mama dengan babah dah siap decide nak pergi hari apa semua. mama dah siap suruh aku list kan barang-barang nak beli.

tapi kau kena tahu something, yuran kat sana ya Allah bapak lah mahal. Qamarina kata asrama dah rm500+, pibg rm300+ nak beli barang dekat koperasi bagai dah nak habis rm300+. cadar dengan selimut kena ada logo sbp sana tahu? eeee sedih tol. 

oh lepas ni aku akan berkain biru. bertudung putih. berbaju putih. berkasut kulit. aku akan rindu baju kuning pisang aku. 

aku akan rindu Samer. aku akan rindu 'isi' dalam Samer. 

Selasa ni inshaallah aku last sekolah. okay aku nak peluk sensorang! itu janji aku :') jumpa nantiii! 

emuuuaahhh :*



No comments: