Monday 17 December 2012

Dear awak.


Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum...

Tiada siapa di dunia ini dilahirkan sempurna.

awak faham maksud saya disitu? setiap manusia tu pasti melakukan kesalahan kekhilafan dosa dan sebagainya. kita tak dapat lari dari melakukan perkara tersebut. kadang-kadang kita tak sedar yang kita tengah melakukannya T.T Allah, sedangkan ajal tu boleh datang bila-bila je kan.

Maaf entry ini mungkin agak kasar bahasanya. tapi ini peringatan untuk saya dan awak semua.

Mana kita tahu waktu kita tengah mencuri, Allah tarik nyawa kita. mana kita tahu waktu kita tengah membunuh/merogol/merokok/mengusha/mengorat/memerli/mengacau/mengejek / mengumpat dan segalanya, Allah tarik nyawa kita. mana kita tahu waktu kita tak tutup aurat dengan sempurna, ada kereta langgar kita. mana kita tahu waktu kita tengah onthephone dengan mana-mana lelaki atau perempuan, tiba2 phone meletup semua. mana kita tahu waktu tengah berdating, mati dekat situ jugak. kita tak pernah tahu kan semua tuuu. :'(( tapi kita..? masih tak sedar. Allah T.T *nauzubillah

Saya tak adalah baik sangat. Baik macam malaikat tu jauh sekali. Baik macam ustazah tak layak lagi rasanya. Tapi saya cuba jadi yang terbaik. Saya mencuba. Walau terkadang saya nii gagal jugak dalam menghadapi ujian Allah.

Awak jangan ingat saya taip entry baik-baik post entry islamic post entry gila-gila semua, awak dah boleh judge saya macam mana. semua post-post islamic tu sebenarnya satu kesedaran untuk saya. satu peringatan. sebab apa?

MANUSIA SIFATNYA MUDAH LUPA.

yes :'( nak menjadi baik, Allah uji macam-macam.... 

awak.. takut tak kalau waktu kita tidur pun, dosa kita masih berjalan? apa yang kita buat. cuba kita refresh balik. gambar-gambar kita yang tak menutup aurat tuu dekat laman sosial semua tu, kan jadi tatapan umum. agaknya dosa berjalan tak tang situ? #muhasabah

awak, kalau awak nak dapatkan seseorang yang baik. berubahlah kepada yang baik.. 

*kalau kita ada jodoh, adalah. inshaallah. janganlah awak mulakan sesuatu yang mungkin bawa kepada zina hati atau apa-apa je. saya tahu awak faham saya. 

AWAK, JOMLAH KITA BERUBAH :'( SAYA AJAK AWAK BERUBAH NI SEBAB KATA NAK MASUK SYURGA SAMA-SAMA. SAYA RASA BERDOSA KALAU TAK DAPAT BAWAK AWAK SEKALI SEBAB SAYA TEMAN KAWAN SAHABAT AWAK.

*untung mereka yang diberi support untuk berniqab dan berpurdah, teruskan niat tuu ^^ Moga Allah memberkati. erm encik mama tidak mengizinkan lah saya sebegitu. takpelah, laksanakan yang wajib dulu. esok lusa dah bersuami, mintak je izin suami. apa susah kann XD

xoxo published *nak tiru lisa*

wallahua'lam ;)

No comments: